JABATAN KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA
Jabatan
kesihatan menyediakan satu carta fungsi iaitu program-program keselamatan dan
kualiti makanan, antara program yang disediakan adalah :
i)
Unit
kawalan eksport
-
Merancang, melaksanakan dan menilai
aktiviti kawalan eksport di peringkat negeri.
-
Menjalankan audit pematuhan dan
pengawasan bagi menverifikasikan status kepatuhan premis eksport.
-
Menyelia dan menyemak laporan verifikasi
sumber bahan mentah, sumber air dan ais, pengangkutan dan premis pemprosesan.
ii)
Unit
makmal
- Merancang pembangunan makmal makanan
dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia di peringkat negeri.
- Merancang, mengkoordinasi dan membantu
dalam latihan semua pegawai teknikal di makmal makanan.
- Perancangan dan Pengurusan untuk makmal
makanan serta merancang dan menyelaras program analisis berdasarkan keperluan.
iii)
Unit
pemantauan dan penyelidikan
-
Merancang, melaksana, dan menilai
aktiviti pematuhan di peringkat negeri.
- Memantau pematuhan di bawah perundangan
makanan melalui aktiviti persampelan, dan pemeriksaan premis.
- Memantau kilang/eksport yang telah
diberi lessen-lesen di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan.
-
Menyiasat setiap ketidakpatuhan yang
dikesan hasil daripada pemantauan.
iv)
Unit
industri dan persijilan
- Merancang, melaksanakan dan menilai
aktiviti industri domestik di peringkat negeri.
-
Melaksanakan sistem pre-market approval
di peringkat negeri.
- Melaksanakan prosedur dan garis panduan
mengenai kawalan industry domestik..
Di bawah ini adalah
antara kesalahan-keselahan dan denda dikenakan ke atas organisasi yang tidak
mematuhi panduan dan syarat yang dikenakan setelah hasil pemantauan oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia.
PANDUAN
TAWARAN KOMPAUN MENGIKUT JENIS KESALAHAN DI BAWAH PPKM 2009
PERATURAN
|
KESALAHAN
|
AMAUN
SEBENAR
|
AMAUN MAKSIMUM
(RM) KOMPAUN YANG DITAWARKAN MENGIKUT KATEGORI PREMIS
|
|||
KATEGORI
|
||||||
1
|
2
|
3
|
4
|
|||
Per. 3
|
- Tidak
mendaftar premis makanan
|
5,000.00
|
5,000.00
|
500.00
|
300.00
|
100.00
|
Per. 7
|
- Tidak
memperbaharui Perakuan Pendaftaran
|
5,000.00
|
5,000.00
|
500.00
|
300.00
|
100.00
|
Per. 8
|
- Tidak
mempamerkan Perakuan Pendaftaran, notis, dsb di premis makanan
|
5000.00
|
5000.00
|
300.00
|
200.00
|
50.00
|
Per. 9
|
- Tidak
mengadakan sistem pengesahan makanan
|
5000.00
|
5000.00
|
2,500.00
|
NA
|
NA
|
Per. 11
|
- Tidak
mematuhi kehendak yang menghubungkan dengan tugas am tuan punya, pemunya,
atau penghuni premis makanan
|
5000.00
|
2,500.00
|
1,000.00
|
500.00
|
250.00
|
HASIL PEMBELAJARAN
Kesimpulannya, Jabatan Kementerian Kesihatan
Malaysia dibahagiakan kepada beberapa bahagian dimana setiap bahagian mempunyai
peranan yang tersendiri. Dengan adanya kawalan dan tunjuk ajar daripada Jabatan
Kesihatan ini, peniaga- peniaga akan sentiasa mengambil berat mengenai
kebersihan makanan yang dijual serta tahap piawaian yang dikehendaki oleh Jabatan
untuk menjamin produk yang dijual melepasi tahap kebersihan sebelum dijual
kepada pelanggan. Dengan adanya tindakan yang dikenakan kepada peniaga-peniaga yang tidak mengikut syarat-syarat yang
ditetapkan oleh pihak Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Syarikat kami
iaitu Syarikat Cocos nucifera Enterprise juga
akan mengambil langkah berhati-hati supaya kebersihan produk santan terjaga
sebelum menjual. Ini bukan sahaja menjaga kebajikan pekerja, malah dapat menjaga
kebajikan pelanggan supaya terus membeli dan mengguna produk keluaran Syarikat
kami.
CREDIT BY : NORFAZLIANA RAMLI
No comments:
Post a Comment