·
Tujuan
Membantu para petani dalam
meluaskan pasaran mereka dalam menjual hasil tanaman dan mengurangkan pengunaan
orang tengah dalam memasarkan hasil tanaman. Oleh itu, ini dapat mengurangkan
kos dan margin pasaran seterusnya meningkatkan pendapatan petani.
· Syarat penyertaan
Ø Memberi
keutamaan kepada pengeluar
Ø Usia
tidak kurang daripada 18 tahun dan lebih
60 tahun
Ø Mempunyai
modal dan potensi yang dalam mengusahakan perniagaan
Gerai
Buah-Buah Segar (GBBS)
·
Tujuan
Sebuah program yang dibuat untuk
membangunkan usahawan FAMA dalam memasarkan buahan-buahan dalam pasaran peruncitan
agar lebih teratur dan seragam diseluruh Malaysia dari segi reka bentuk kanopi,
warna dan promosi.
·
Syarat penyertaan
Ø Warganegara
Malaysia
Ø Berpengalaman
sekurang-kurangnya 1 tahun dalam perniagaan pasaran buahan
Ø Mempunyai
lessen
Ø Buah-buahan
utama yang dijual adalah buah tempatan sahaja iaitu 70%,namun buah import hanya
boleh dijual 30% sahaja.
Ø Perlu
mempunyai waktu dan hari penjualan yang tetap dalam menjalankan operasi
perniagaan mengikut kesesuaian waktu dan tempat.
K-
shoppe
·
Sebuah program yang dibuat oleh FAMA
kepada usahawan dalam membantu jualan dan permasaran barangan IAT.FAMA akan
menyediakan satu premis perniagaan kepada usahawan yang berpotensi untuk menjual
produk yang dikeluarkan sendiri oleh usahawan dan produk keluaran Agromas dari FAMA.
Ø Contoh
K-shoppe di Bintulu:-
o
Nina Bakery – produk utama yang
dipasarkan adalah kek dan roti, namun ia juga ada menjual produk jenama Agromas
daripada FAMA.
Peraturan
3p (pengredan,pembungkusan dan perlabelan)
·
Salah satu inisiatif yang dibuat oleh
FAMA dalam menghasilkan produk pasaran yang berkualiti tinggi dari segi pengredan
buah,pembungkusan dan perlabelan sebelum di pasarkan di dalam mahupun di luar
negara.
1. Pengredan-
Buah-buahan atau sayuran digred mengikut tahap kematangan dan kualiti buah
2. Pembungkusan-
Buah atau sayur perlu dibungkuskan mengikut pembungkusan yang sesuai sebelum
dipasarkan supaya buah atau sayur tahan lebih lama
3. Perlabelan-
perlabelan pada pembungkusan perlu jelas mengenai produk yang dipasarkan
Motorsikal
3 roda
·
Bantuan yang diberikan kepada usahawan
yang ingin memasarkan lebihan buahan atau sayuran dari kampung-kampung untuk dikumpulkan, kemudian dipasarkan secara
terus ke pasar tani atau menjualnya
kepada Gerai buah-buahan segar (GBBS)
Cara
memohon
·
Mengisi borang permohonan GBBS di
pejabat FAMA yang berhampiran atau boleh melayari laman web FAMA http://www.fama.gov.my/
Masalah
usahawan dalam memohon bantuan Fama
·
Ketiadaan
lesen
Faktor utama yang sering berlaku
usahawan tidak mempunyai lesen menyebabkan tawaran permohon bantuan FAMA oleh
usahawan ditolak
·
Ketiadaan
premis
Dalam memohon lesen usahawan perlu
mempunyai kewangan yang kukuh dalam menyewa atau membeli premis untuk
perniagaan
Usahawan yang tiada premis tidak
dapat memohon lesen perniagaan.Oleh itu, FAMA akan menolak permohonan bantuan
usahawan.
Hasil
pembelajaran
· Kami juga mengetahui tentang syarat dan cara permohonan yang perlu dipatuhi dalam memohon bantuan .
· Kebanyakan permohonan yang ditolak oleh FAMA di Bintulu ialah usahawan tidak mempunyai lesen dan premis perniagaan.
· Oleh itu, kami di syarikat Nucifera Enterprise akan memastikan 2 perkara penting ini dipatuhi dahulu sebelum meminta bantuan permasaran oleh FAMA.
Penulisan: Muhammad Shahrul Naim BIn Mohd Saleh S19022
No comments:
Post a Comment