RUJUKAN
NAMA : USTAZ KHALIDI BIN HAJI MOHAMMAD IDRIS
JAWATAN : PENGUATKUASA HALAL
ASAL : SIBU
Jika ketiga-tiga aspek yang di nilai berjaya di
patuhi maka persijilan akan diluluskan. Kebersihan juga bukan dinilai pada
gerai tetapi kawasan persekitaran juga dititik beratkan. Contohnya, kedai
makanan muslim yang memohon sijil halal tetapi dikawasan persikitarannya
berdekatan dengan longgokan sampah tidak layak untuk mendapat sijil halal
kerana kawasan tersebut tercemar dengan kotoran. Selain itu,dari segi
keselamatan pula permis kedai mestilah berada dalam keadaan selamat. Contohnya,
keadaan bangunan permis tidak mengalami sebarang keretakan serius pada dinding dan siling bangunan.Jika
masalah ini terjadi maka permis tersebut tidak layak untuk mendapat persijilan
halal. Seterusnya, bahan mentah yang diperolehi haruslah mendapat kelulusan
sijil halal bagi memastikan bahan mentah tersebut selamat dan terjamin.
Contohnya, syarikat dari Malaysia mengimport daging segar dari Australia.
Syarikat Australia tersebut perlu mendapat pengiktirafan sijil halal bagi
memastikan bahan mentah yang dihantar diterima.
Logo
halal
Rajah
1 : contoh logo halal yang diiktiraf oleh Jakim
KESIMPULAN
Semasa melakukan temu bual bersama Ustaz Khalidi Bin
Haji Mohammad Idris kami dapat mempelajari bagaimana cara proses mendapatkan
sijil halal.Selain itu ,kami juga dapat mengetahui contoh logo halal yang
disahkan dan dapat mebezakan logo halal yang palsu.Oleh itu,pengiktirafan
persijilan halal adalah amat penting bagi sesebuah permis bagi memastikan
pelangan yakin dengan produk yang dihasilkan.
Gambar
Bethram Robert Mekules (S19526)
bersama
dengan Ustaz Khalidi Bin Haji Mohammad Idris
CREDIT BY : Bethram Robert Mekules (S19526)
No comments:
Post a Comment