Saturday, February 28, 2015

TEMUBUAL BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM MALAYSIA (JAIS)





RUJUKAN 
NAMA  : USTAZ KHALIDI BIN HAJI MOHAMMAD IDRIS
JAWATAN  : PENGUATKUASA HALAL
ASAL  : SIBU






Jika ketiga-tiga aspek yang di nilai berjaya di patuhi maka persijilan akan diluluskan. Kebersihan juga bukan dinilai pada gerai tetapi kawasan persekitaran juga dititik beratkan. Contohnya, kedai makanan muslim yang memohon sijil halal tetapi dikawasan persikitarannya berdekatan dengan longgokan sampah tidak layak untuk mendapat sijil halal kerana kawasan tersebut tercemar dengan kotoran. Selain itu,dari segi keselamatan pula permis kedai mestilah berada dalam keadaan selamat. Contohnya, keadaan bangunan permis tidak mengalami sebarang keretakan  serius pada dinding dan siling bangunan.Jika masalah ini terjadi maka permis tersebut tidak layak untuk mendapat persijilan halal. Seterusnya, bahan mentah yang diperolehi haruslah mendapat kelulusan sijil halal bagi memastikan bahan mentah tersebut selamat dan terjamin. Contohnya, syarikat dari Malaysia mengimport daging segar dari Australia. Syarikat Australia tersebut perlu mendapat pengiktirafan sijil halal bagi memastikan bahan mentah yang dihantar diterima.


Logo halal


Rajah 1 : contoh logo halal yang diiktiraf oleh Jakim



KESIMPULAN

Semasa melakukan temu bual bersama Ustaz Khalidi Bin Haji Mohammad Idris kami dapat mempelajari bagaimana cara proses mendapatkan sijil halal.Selain itu ,kami juga dapat mengetahui contoh logo halal yang disahkan dan dapat mebezakan logo halal yang palsu.Oleh itu,pengiktirafan persijilan halal adalah amat penting bagi sesebuah permis bagi memastikan pelangan yakin dengan produk yang dihasilkan.





Gambar Bethram Robert Mekules (S19526)
bersama dengan Ustaz Khalidi Bin Haji Mohammad Idris




 CREDIT BY :  Bethram Robert Mekules (S19526)
 

Strategi permasaran Wagro



Wagro trading adalah sebuah syarikat yang menjual pelbagai produk pertanian seperti baja, racun tanaman dan alatan tanaman pertanian dalam meningkatkan hasil tanaman pertanian.

Sasaran Pasaran
Ø  Estet besar
·         Estet Sime Darby
·         Sarawak Plantation
·         Sarawak Oil Palm Berhad.
Ø  Petani-petani kecil yang bercucuk tanam dalam bidang pertanian.

 Pesaing dalam pasaran
Wagro trading juga mengalami persaingan dalam menjual produk yang berasaskan bahan pertanian seperti baja, racun tanaman pertanian dan juga alatan dalam pertanian seperti :-
  • ·         Terre Bintulu Sdn Bhd
  • ·         Perniagaan Poson
  • ·         Kimia Utama
  • ·         Miri Agri Product
  • ·         Agriculture Product


Kekuatan produk
Wagro mendapatkan produk yang berkualiti daripada luar negara dan menjadi pembekal utama di Malaysia seperti produk:-
·         Copton Insecticide keluaran daripada USA
·         Apex Controlled Release Feriliser daripada USA
Jadi seluruh Malaysia hanya boleh mendapatkan 2 produk ini daripada Wagro Trading sahaja.

Harga
·         Wagro menawarkan harga yang berpatutan dengan kualiti produk yang diberikan.
·         Bagi pelanggan yang membeli dalam kuantiti yang banyak diskaun akan diberikan.
·         Sebut harga akan dihantar kepada estet bagi mendapatkan sesuatu tender

Tempat
·         Wargo mempunyai 3 cawangan dalam mengedarkan produknya iaitu cawangan utama di Bintulu,Sibu dan Mukah.
·         Wargo merupakan orang tengah dalam menyalurkan produk pertanian yang diambil untuk dijual kepada pelanggan
·         Menyediakan gudang penyimpanan- Bagi memastikan barang yang cepat penghabisan stok tersimpan dalam kuantiti yang banyak dalam memenuhi permintaan pelanggan.

Permasaran.
·         Jurujual-  untuk mempromosikan produk wagro kepada petani dan peladang di sekitar Sarawak berkenaan fungsi dan cara penggunaannya terhadapat tanaman.
·         Setiap jurujual mempunyai tugas yang telah dibahagikan mengikut pelanggan yang perlu di jaganya seperti bagi estet Sime Darby terdapat seorang jurujual yang akan menguruskan estet Sime Darby

Tips jurujual yang diterapkan dalam Wagro
1.      Berkawan- mudah berkawan dan mempunyai banyak kenalan untuk dihubungi.
Contoh situasi:- pelanggan meminta bantuan jurujual wagro untuk membuat papan tanda diladangnya, walaupun syarikat wagro bukanlah kilang membuat papan tanda tetapi untuk menjaga hubungan dengan pelanggan ia akan menghubungkan pelanggannya dengan kilang papan tanda di sekitar Bintulu.
·         Fleksible- Sentiasa bersikap terbuka dalam melayan kerenah pelanggan iaitu pelanggan mempunyai sikap yang berbeza-beza jadi sentiasa bersabar dan berfikir idea baru yang lebih mudah dan efektif dalam menarik minat pelanggan.

Bina hubungan dengan pelanggan
Ø  Mesra dengan bertegur sapa dan menjadikan pelangan sebagai kawan
Ø  Sentiasa melawat pelangan bagi bertanya khabar walaupun tiada urusan jual beli
Ø  Membuat pertandingan Golf  bagi mengeratkan lagi hubungan wagro dan pelanggan dalam menjaga kesetiaan pelanggan

Etika perniagaan
Ø  Masa penghantaran perlu dititikberatkan dalam menghantar barang tepat pada masa yang telah dijanjikan kepada pelanggan.
Ø  Jujur dalam berjual niaga dengan memberikan barang yang betul dengan harga yang terbaik kepada pelanggan mengikut tender yang ditawarkan

Perhubungan awam
·         Bagi meningkatkan jualan wagro telah membuat perjanjian dengan Sime Darby dalam urusan jual beli alatan pertanian iaitu Sime Darby di Sarawak tidak boleh membeli alatan pertanian selain daripada wagro kerana ia merupakan vendor tunggal yang mempunyai lesen vendor bagi Sime Darby.

Hasil pembelajaran
1.      Kami belajar bagaimana untuk menjadi jurujual yang baik iaitu bermula dengan berkawan dengan pelanggan.
2.      Menjaga kesetiaan pelanggan dengan menawarkan kualiti produk yang terbaik dan mengetahui minat pelanggan seperti Wargo Trading lakukan rata-rata pelanggan mereka adalah orang yang berpendapatan tinggi iaitu ketua estet Sime Darby jadi mereka membuat pertandingan Golf percuma setiap tahun bagi mengeratkan hubungan dengan pelanggan.
3.      Memberi servis perkhidmatan yang terbaik iaitu sentiasa menjaga hak pelanggan dan etika perniagaan.
4.      Bijak mengambil peluang dalam meningkatkan jualan dengan membuat perhubungan awam terhadap syarikat lain seperti wargo trading yang membuat ikatan perjanjian dengan syarikat USA dan Sime Darby.
Hasil temu bual bersama  Pengurus Jualan Hairul Shamsul Hj Hashim 
Penulisan; Muhammad Shahrul Naim Bin Mohd Saleh S19022

Sambungan wawancara FAMA

Temu bual bersama wakil FAMA
Pasar Tani
·         Tujuan
Membantu para petani dalam meluaskan pasaran mereka dalam menjual hasil tanaman dan mengurangkan pengunaan orang tengah dalam memasarkan hasil tanaman. Oleh itu, ini dapat mengurangkan kos dan margin pasaran seterusnya meningkatkan pendapatan petani.

·    Syarat penyertaan      
Ø  Memberi keutamaan kepada pengeluar
Ø  Usia tidak kurang daripada 18 tahun dan  lebih 60 tahun
Ø  Mempunyai modal dan potensi yang dalam mengusahakan perniagaan

Gerai Buah-Buah Segar (GBBS)
·         Tujuan
Sebuah program yang dibuat untuk membangunkan usahawan FAMA dalam memasarkan buahan-buahan dalam pasaran peruncitan agar lebih teratur dan seragam diseluruh Malaysia dari segi reka bentuk kanopi, warna dan promosi.

·         Syarat penyertaan
Ø  Warganegara Malaysia
Ø  Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam perniagaan pasaran buahan
Ø  Mempunyai lessen
Ø  Buah-buahan utama yang dijual adalah buah tempatan sahaja iaitu 70%,namun buah import hanya boleh dijual 30% sahaja.
Ø  Perlu mempunyai waktu dan hari penjualan yang tetap dalam menjalankan operasi perniagaan mengikut kesesuaian waktu dan tempat.

K- shoppe
·         Sebuah program yang dibuat oleh FAMA kepada usahawan dalam membantu jualan dan permasaran barangan IAT.FAMA akan menyediakan satu premis perniagaan kepada usahawan yang berpotensi untuk menjual produk yang dikeluarkan sendiri oleh usahawan dan produk keluaran Agromas dari  FAMA.
Ø  Contoh K-shoppe di Bintulu:-
o   Nina Bakery – produk utama yang dipasarkan adalah kek dan roti, namun ia juga ada menjual produk jenama Agromas daripada FAMA.

Peraturan 3p (pengredan,pembungkusan dan perlabelan)
·         Salah satu inisiatif yang dibuat oleh FAMA dalam menghasilkan produk pasaran yang berkualiti tinggi dari segi pengredan buah,pembungkusan dan perlabelan sebelum di pasarkan di dalam mahupun di luar negara.

1.      Pengredan- Buah-buahan atau sayuran digred mengikut tahap kematangan dan kualiti buah
2.      Pembungkusan- Buah atau sayur perlu dibungkuskan mengikut pembungkusan yang sesuai sebelum dipasarkan supaya buah atau sayur tahan lebih lama
3.      Perlabelan- perlabelan pada pembungkusan perlu jelas mengenai produk yang dipasarkan

Motorsikal 3 roda
·         Bantuan yang diberikan kepada usahawan yang ingin memasarkan lebihan buahan atau sayuran dari kampung-kampung  untuk dikumpulkan, kemudian dipasarkan secara terus ke pasar tani atau  menjualnya kepada Gerai buah-buahan segar  (GBBS)

Cara memohon
·         Mengisi borang permohonan GBBS di pejabat FAMA yang berhampiran atau boleh melayari laman web FAMA http://www.fama.gov.my/ 

Masalah usahawan dalam memohon bantuan Fama
·         Ketiadaan lesen
Faktor utama yang sering berlaku usahawan tidak mempunyai lesen menyebabkan tawaran permohon bantuan FAMA oleh usahawan ditolak

·         Ketiadaan premis
Dalam memohon lesen usahawan perlu mempunyai kewangan yang kukuh dalam menyewa atau membeli premis untuk perniagaan
Usahawan yang tiada premis tidak dapat memohon lesen perniagaan.Oleh itu, FAMA akan menolak permohonan bantuan usahawan.  

Hasil pembelajaran

·         Daripada wawancara dengan FAMA kami dapat belajar tentang bantuan yang FAMA tawarkan dalam memasarkan produk seperti Gerai buah-buahan segar,motorsikal 3 roda, K shoppe,pasar tani dan lain-lain lagi.
·         Kami juga mengetahui tentang syarat dan cara permohonan yang perlu dipatuhi dalam memohon bantuan .
·         Kebanyakan permohonan yang ditolak oleh FAMA di Bintulu ialah usahawan tidak mempunyai lesen dan premis perniagaan.
·         Oleh itu, kami di syarikat Nucifera Enterprise akan memastikan 2 perkara penting ini dipatuhi dahulu sebelum meminta bantuan permasaran oleh FAMA.

Penulisan: Muhammad Shahrul Naim BIn Mohd Saleh S19022