Thursday, January 29, 2015

WAWANCARA BERSAMA JABATAN PERTANIAN

       Tarikh permohonan dibuka sepanjang tahun pada awal bulan januari dan ditutup pada 31 april selepas itu akan dibuka semula pada awal bulan Mei hingga akhir tahun. Selepas itu,  permohonan akan ditutup untuk pemprosesan kelulusan pemohon untuk membuat tapisan yang layak mendapat bantuan. Peruntukan bantuan yang diberi ialah input ladang, peralatan ladang dan permintaan tidak boleh melebihi peruntukkan. Sekiranya ada berlakunya bencana, bantuan akan diberikan bergantung kepada jumlah kerugian yang dialami dan mengikut ibu pejabat itu tadi samaada untuk memberi bantuan ataupun tidak.  Antara syarat petani yang layak ingin memohon bantuan adalah petani harus memiliki projek tanaman sendiri. Setiap petani yang ingin memohon haruslah memenuhi syarat sedemikian, dan pihak Jabatan Pertanian sendiri akan memantau dengan melawat ke ladang pemohon tersebut sebelum memberi bantuan untuk melihat bukti. Tetapi, pihak Jabatan Pertanian akan mengambil tindakan jika petani tidak menggunakan bantuan yang diberikan seperti tidak menjalankan aktiviti mereka diladang. Contohnya, dua kumpulan pemohon memohon untuk mendapatkan bantuan tetapi hanya satu kumpulan sahaja yang layak mendapat bantuan tetapi mereka tidak menjalankan aktiviti yang mereka hendak lakukan. Kumpulan yang tidak layak itu tidak berpuas hati kerana mereka melakukan projek tanaman mereka dengan jayanya tetapi tidak mendapat bantuan. Jadi, apabila pihak Jabatan Pertanian tahu akan perkara itu, mereka akan mengambil tindakan dengan menarik semula bantuan yang diberikan dan memberi kepada kumpulan yang tidak mendapat bantuan setelah hasil pemantauan  yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pertanian agar aktiviti itu berterusan dan sentiasa mengeluarkan hasil.
      Bantuan peruntukan yang diberikan untuk 1 hektar tanah adalah sebanyak tiga belas ribu untuk tanaman sayuran sahaja, ia  diberikan hanya setahun sekali dan tidak boleh memohon lagi untuk tahun kedua. Petani tidak boleh bergantung sentiasa atas bantuan yang diberikan, kerana bantuan ini diberikan hanya bertujuan untuk  meringankan beban petani. Bukan sebagai modal mereka setiap masa. Untuk mendapatkan modal untuk tahun kedua, petani perlu membuat pusingan modal untuk jadikan modal untuk membeli input-input ladang yang diperlukan.

      Selain daripada bantuan input ladang dan peralatan ladang yang diberikan, bantuan lain seperti kursus dan taklimat juga dberikan pada para petani yang ingin memajukan dan meningkatkan pendapatan projek bagi mereka. Kursus yang dibuat diadakan di dua tempat iaitu bertempat di pejabat mereka sendiri dan di rumah panjang. Kursus yang diadakan di pejabat mereka tidak dikenakan sebarang pembayaran manakala di rumah panjang yuran dikenakan sebanyak RM2.00 seorang. Pihak Jabatan akan melantik pegawai yang terlatih di setiap daerah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam pelbagai aspek kepada para petani untuk berkursus selama 2 hari. Semua tempat tinggal, makan dan minum ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian itu sendiri.
      Selain daripda petani, peniaga juga boleh memohon bantuan. Contohnya seperti, bagi bantuan untuk pembuat roti. Mereka terlebih dahulu harus menjalankan perniagaan sebelum meminta bantuan dan hasil pengeluaran dan jumlah untung rugi harus direkod bagi rujukan kepada pihak Jabatan Pertanian untuk mendapatkan kelulusan permohonan mereka. Jika layak, mereka akan diberikan bantuan dari segi mesin mixer ,mesin pembungkusan dan sebagainya. Bagi khusus yang ditawarkan kepada perniaga dibuat selama 2 hari 3 malam dan hari yang berikutnya pihak pegawai pertanian yang terlatih akan menjalankan praktikal kepada mereka. Penginapan dan makanan akan ditanggung oleh pihak Jabatan serta sijil dan elaun sebanyak RM10 sehari. Antara latihan khrusus yang ditawarkan ialah pemprosesan bun, tanaman sayuran dan sebagainya. Bagi pihak yang mendapat bantuan, mereka tidak akan terikat dengan apa-apa perjanjian dan pihak pertanian hanya akan memastikan projek itu berjalan dengan lancar. Lawatan dan tinjauan akan dibuat  supaya memastikan projek berjalan dengan lancar selama sebulan sekali hingga 2 kali jika ada keperluan penting untuk dibuat. Bagi perniaga kecil-kecilan yang ingin memperbesarkan perniagaannya, pihak Jabatan hanya mampu memberi bantuan yang sepaptutnya sahaja. Mereka boleh membuat pinjaman di institusi kewangan seperti Agro bank. Bagi lesen perniagaan pula, ia perlu dimohon dan dikeluarkan di pejabat daerah mengikut jenis perniagaan.












Rujukan :

 Nama : EN. Henry Tinggang William Jan Singgang
 Jawatan : Pembantu pertanian industri, bahagian industri Asas Tani.
 Tarikh penubuhan : 5 September 1994


credit by : NORFAZLIANA BINTI RAMLI(s19686)

No comments:

Post a Comment