Jabatan
Pertanian (KADA)
Bantuan
yang diberikan oleh pihak Kada terhadap peniaga kecil ialah dengan memberi borang
untuk diisi oleh peniaga kecil seterusnya akan dihantar kepada PKJ untuk
dianalisis supaya pemohon yang betul-betul layak akan menerima bantuan
tersebut. Pihak KADA mempunyai enam PKJ dan 13 PPK, maka setiap pemohon yang
ingin memohon bantuan boleh mengambil borang
tersebut di cawangan KADA di setiap daerah. Syarat-syarat untuk memohon
bantuan ini ialah berumur 18 tahun ke atas, sudah mempunyai tanaman sendiri dan
berada di bawah PPK KADA yang terlibat.
Setelah semua pemohon menghantar borang tersebut pihak PKJ akan menghantar borang
tersebut di ibu pejabat untuk membuat penilaian yang sangat teliti supaya
pemohon yang betul-betul layak yang mendapat bantuan daripada pihak KADA.
Peranan
utama KADA dalam meningkatkan pendapatan penduduk. Cara untuk menceburi bidang
keusahawanan itu sendiri ialah pihak
KADA akan melantik pegawai KADA yang terlatih di setiap daerah untuk memberi
bimbingan dan tunjuk ajar dalam pelbagai aspek kepada para usahawan. Sebagai
contoh jika uasahawan itu ingin menceburi perniagaan roti, jadi pegawai yang
dilantik oleh pihak KADA akan menerangkan daripada awal sehingga produk siap
seterusnya cara untuk dipasarkan. Selain seminar dan khusus yang diberikan,
bantuan peralatan dan mesin-mesin juga diberikan akan tetapi pihak KADA akan
memantau dahulu tempat yang diusahakan kerana memerlukan kapasiti pengeluaran
yang tinggi. Disamping itu, pihak KADA sentiasa memantau aktiviti yang
dijalankan oleh para usahawan agar aktiviti itu berterusan dan sentiasa
mengeluarkan hasil. Seterusnya, pihak KADA juga memberi bantuan dari segi
penternakan, iaitu dikenali sebagai sistem pawah. Sistem pawah ini diperkenalkan
untuk memberi peluang kepada penduduk yang menternak haiwan. Sebagai
contoh, pihak KADA akan memberi benih
ikan dan ibu lembu untuk diternak sehinggalah mengeluarkan hasil dan pihak KADA
akan mengambil hasil tersebut dan induk akan diberikan kepada penternak.
Selain itu,
pihak KADA juga memberi bantuan dalam tanaman sayur-sayuran kepada petani.
Mengikut statistik semasa keluasan tanah untuk tanaman sayur-sayuran ialah 400
hektar dan tanaman buah-buahan ialah 200 hektar. Pihak KADA bertanggungjawab
penuh terhadap semua bantuan yang diberikan temasuk memasarkan produk yang
dikeluarkan oleh petani dan pengisian borang. Dibawah bantuan KADA telah
terbukti ramai usahawan-usahawan yang berjaya memasarkan produk mereka ke seluruh
Malaysia dan ke luar Negara, sebagai contoh di timur tengah. Malah sudah ada
sebahagian mereka telah menjadi jutawan dengan pendapatan sebulan RM 100k
sebulan.
HASIL PEMBELAJARAN
Cocos Nucifera Enterprise juga menyediakan bantuan
kepada usahawan kecil dan yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Antara bantuan yang disediakan oleh syarikat kami
ialah memberi bantuan kewangan, khusus dan kelengkapan alatan yang sesuai. Dari
segi kewangan syrikat kami menyediakan pinjaman sebanyak RM 10,000 tetapi memerlukan
syarat- syarat yang ketat dan betul-betul layak. Untuk bahagian khusus pula,
wakil Syarikat Cocos Nucifera Enterprise akan memberi taklimat dan tunjuk ajar
kepada para usahawan baru tentang bagaimana untuk menceburi dalam bidang
perniagaan. Pihak kami akan menilai peralatan yang sesuai untuk diberi bantuan
kepada para usahawan baru. Mengikut kesesuaian perniagaan yang dijalankan,
sebagai contoh perniagaan roti memerlukan mesin untuk mebakar roti dan
peralatan yang sesuai.
Selepas memberikan segala bantuan kepada para usahawan,
syarikat kami akan menghantar wakil ke projek yang diusahakan untuk membuat lawatan sebanyak sekali sebulan untuk memastikan projek yang
dijalankan tidak mempunyai sebarang masalah
Rujukan :
Nama : En. Zubir Bin Mat Kasim
Jawatan ; Pegawai kanan pertanian, bahagian asas tani.
Jawatan ; Pegawai kanan pertanian, bahagian asas tani.
credit by Arif syahiran
No comments:
Post a Comment