Thursday, January 29, 2015

WAWANCARA BERSAMA JABATAN PERTANIAN

       Tarikh permohonan dibuka sepanjang tahun pada awal bulan januari dan ditutup pada 31 april selepas itu akan dibuka semula pada awal bulan Mei hingga akhir tahun. Selepas itu,  permohonan akan ditutup untuk pemprosesan kelulusan pemohon untuk membuat tapisan yang layak mendapat bantuan. Peruntukan bantuan yang diberi ialah input ladang, peralatan ladang dan permintaan tidak boleh melebihi peruntukkan. Sekiranya ada berlakunya bencana, bantuan akan diberikan bergantung kepada jumlah kerugian yang dialami dan mengikut ibu pejabat itu tadi samaada untuk memberi bantuan ataupun tidak.  Antara syarat petani yang layak ingin memohon bantuan adalah petani harus memiliki projek tanaman sendiri. Setiap petani yang ingin memohon haruslah memenuhi syarat sedemikian, dan pihak Jabatan Pertanian sendiri akan memantau dengan melawat ke ladang pemohon tersebut sebelum memberi bantuan untuk melihat bukti. Tetapi, pihak Jabatan Pertanian akan mengambil tindakan jika petani tidak menggunakan bantuan yang diberikan seperti tidak menjalankan aktiviti mereka diladang. Contohnya, dua kumpulan pemohon memohon untuk mendapatkan bantuan tetapi hanya satu kumpulan sahaja yang layak mendapat bantuan tetapi mereka tidak menjalankan aktiviti yang mereka hendak lakukan. Kumpulan yang tidak layak itu tidak berpuas hati kerana mereka melakukan projek tanaman mereka dengan jayanya tetapi tidak mendapat bantuan. Jadi, apabila pihak Jabatan Pertanian tahu akan perkara itu, mereka akan mengambil tindakan dengan menarik semula bantuan yang diberikan dan memberi kepada kumpulan yang tidak mendapat bantuan setelah hasil pemantauan  yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pertanian agar aktiviti itu berterusan dan sentiasa mengeluarkan hasil.
      Bantuan peruntukan yang diberikan untuk 1 hektar tanah adalah sebanyak tiga belas ribu untuk tanaman sayuran sahaja, ia  diberikan hanya setahun sekali dan tidak boleh memohon lagi untuk tahun kedua. Petani tidak boleh bergantung sentiasa atas bantuan yang diberikan, kerana bantuan ini diberikan hanya bertujuan untuk  meringankan beban petani. Bukan sebagai modal mereka setiap masa. Untuk mendapatkan modal untuk tahun kedua, petani perlu membuat pusingan modal untuk jadikan modal untuk membeli input-input ladang yang diperlukan.

      Selain daripada bantuan input ladang dan peralatan ladang yang diberikan, bantuan lain seperti kursus dan taklimat juga dberikan pada para petani yang ingin memajukan dan meningkatkan pendapatan projek bagi mereka. Kursus yang dibuat diadakan di dua tempat iaitu bertempat di pejabat mereka sendiri dan di rumah panjang. Kursus yang diadakan di pejabat mereka tidak dikenakan sebarang pembayaran manakala di rumah panjang yuran dikenakan sebanyak RM2.00 seorang. Pihak Jabatan akan melantik pegawai yang terlatih di setiap daerah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam pelbagai aspek kepada para petani untuk berkursus selama 2 hari. Semua tempat tinggal, makan dan minum ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian itu sendiri.
      Selain daripda petani, peniaga juga boleh memohon bantuan. Contohnya seperti, bagi bantuan untuk pembuat roti. Mereka terlebih dahulu harus menjalankan perniagaan sebelum meminta bantuan dan hasil pengeluaran dan jumlah untung rugi harus direkod bagi rujukan kepada pihak Jabatan Pertanian untuk mendapatkan kelulusan permohonan mereka. Jika layak, mereka akan diberikan bantuan dari segi mesin mixer ,mesin pembungkusan dan sebagainya. Bagi khusus yang ditawarkan kepada perniaga dibuat selama 2 hari 3 malam dan hari yang berikutnya pihak pegawai pertanian yang terlatih akan menjalankan praktikal kepada mereka. Penginapan dan makanan akan ditanggung oleh pihak Jabatan serta sijil dan elaun sebanyak RM10 sehari. Antara latihan khrusus yang ditawarkan ialah pemprosesan bun, tanaman sayuran dan sebagainya. Bagi pihak yang mendapat bantuan, mereka tidak akan terikat dengan apa-apa perjanjian dan pihak pertanian hanya akan memastikan projek itu berjalan dengan lancar. Lawatan dan tinjauan akan dibuat  supaya memastikan projek berjalan dengan lancar selama sebulan sekali hingga 2 kali jika ada keperluan penting untuk dibuat. Bagi perniaga kecil-kecilan yang ingin memperbesarkan perniagaannya, pihak Jabatan hanya mampu memberi bantuan yang sepaptutnya sahaja. Mereka boleh membuat pinjaman di institusi kewangan seperti Agro bank. Bagi lesen perniagaan pula, ia perlu dimohon dan dikeluarkan di pejabat daerah mengikut jenis perniagaan.












Rujukan :

 Nama : EN. Henry Tinggang William Jan Singgang
 Jawatan : Pembantu pertanian industri, bahagian industri Asas Tani.
 Tarikh penubuhan : 5 September 1994


credit by : NORFAZLIANA BINTI RAMLI(s19686)

Wednesday, January 28, 2015

SESI TEMUBUAL JABATAN PERTANIAN (KADA)



Jabatan Pertanian (KADA)

Bantuan yang diberikan oleh pihak Kada terhadap peniaga kecil ialah dengan memberi borang untuk diisi oleh peniaga kecil seterusnya akan dihantar kepada PKJ untuk dianalisis supaya pemohon yang betul-betul layak akan menerima bantuan tersebut. Pihak KADA mempunyai enam PKJ dan 13 PPK, maka setiap pemohon yang ingin memohon bantuan boleh mengambil borang  tersebut di cawangan KADA di setiap daerah. Syarat-syarat untuk memohon bantuan ini ialah berumur 18 tahun ke atas, sudah mempunyai tanaman sendiri dan berada di bawah PPK KADA  yang terlibat. Setelah semua pemohon menghantar borang tersebut pihak PKJ akan menghantar borang tersebut di ibu pejabat untuk membuat penilaian yang sangat teliti supaya pemohon yang betul-betul layak yang mendapat bantuan daripada pihak KADA. 

Peranan utama KADA dalam meningkatkan pendapatan penduduk. Cara untuk menceburi bidang keusahawanan  itu sendiri ialah pihak KADA akan melantik pegawai KADA yang terlatih di setiap daerah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam pelbagai aspek kepada para usahawan. Sebagai contoh jika uasahawan itu ingin menceburi perniagaan roti, jadi pegawai yang dilantik oleh pihak KADA akan menerangkan daripada awal sehingga produk siap seterusnya cara untuk dipasarkan. Selain seminar dan khusus yang diberikan, bantuan peralatan dan mesin-mesin juga diberikan akan tetapi pihak KADA akan memantau dahulu tempat yang diusahakan kerana memerlukan kapasiti pengeluaran yang tinggi. Disamping itu, pihak KADA sentiasa memantau aktiviti yang dijalankan oleh para usahawan agar aktiviti itu berterusan dan sentiasa mengeluarkan hasil. Seterusnya, pihak KADA juga memberi bantuan dari segi penternakan, iaitu dikenali sebagai sistem pawah. Sistem pawah ini diperkenalkan untuk memberi peluang kepada penduduk yang menternak haiwan. Sebagai contoh,  pihak KADA akan memberi benih ikan dan ibu lembu untuk diternak sehinggalah mengeluarkan hasil dan pihak KADA akan mengambil hasil tersebut dan induk akan diberikan kepada penternak.

Selain itu, pihak KADA juga memberi bantuan dalam tanaman sayur-sayuran kepada petani. Mengikut statistik semasa keluasan tanah untuk tanaman sayur-sayuran ialah 400 hektar dan tanaman buah-buahan ialah 200 hektar. Pihak KADA bertanggungjawab penuh terhadap semua bantuan yang diberikan temasuk memasarkan produk yang dikeluarkan oleh petani dan pengisian borang. Dibawah bantuan KADA telah terbukti ramai usahawan-usahawan yang berjaya memasarkan produk mereka ke seluruh Malaysia dan ke luar Negara, sebagai contoh di timur tengah. Malah sudah ada sebahagian mereka telah menjadi jutawan dengan pendapatan sebulan RM 100k sebulan.




HASIL PEMBELAJARAN


Cocos Nucifera Enterprise juga menyediakan bantuan kepada usahawan kecil dan yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Antara bantuan yang disediakan oleh syarikat kami ialah memberi bantuan kewangan, khusus dan kelengkapan alatan yang sesuai. Dari segi kewangan syrikat kami menyediakan pinjaman sebanyak RM 10,000 tetapi memerlukan syarat- syarat yang ketat dan betul-betul layak. Untuk bahagian khusus pula, wakil Syarikat Cocos Nucifera Enterprise akan memberi taklimat dan tunjuk ajar kepada para usahawan baru tentang bagaimana untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Pihak kami akan menilai peralatan yang sesuai untuk diberi bantuan kepada para usahawan baru. Mengikut kesesuaian perniagaan yang dijalankan, sebagai contoh perniagaan roti memerlukan mesin untuk mebakar roti dan peralatan yang sesuai.
Selepas memberikan segala bantuan kepada para usahawan, syarikat kami akan menghantar wakil ke projek yang diusahakan untuk  membuat lawatan sebanyak  sekali sebulan untuk memastikan projek yang dijalankan tidak mempunyai sebarang masalah
 

Rujukan :
Nama : En. Zubir Bin Mat Kasim
Jawatan ; Pegawai kanan pertanian, bahagian asas tani.

credit by Arif syahiran

Friday, January 23, 2015

Proses Pembuatan santan syarikat Jojo

Hasil interview dengan wakil Syarikat Jojo
Credit by Muhammad Shahrul Naim bin Mohd Saleh S19022

Sunday, January 18, 2015

MENTOR PERNIAGAAN




OPERASI PERNIAGAAN


Syarikat jojo mula ditubuhkan pada tahun 2011 sehinggalah  sekarang 2015,sebelum memulakan perniagaan berasaskan kelapa, Pn.Wong telah mengikuti beberapa kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian bagi memperolehi sedikit sebanyak maklumat, kemahiran dan khidmat nasihat serta cara  untuk memulakan sesuatu perniagaan. Pn.Wong juga turut memperolehi bantuan peralatan seperti mesin pemprosesan kelapa dari jabatan pertanian dan dibeli secara persendirian. Syarikat jojo  mempunyai 2 orang pekerja yang dibayar sebanyak RM6.00 sejam, dimana mereka memulakan pekerjaan bermula pada 6 pagi sehingga 12 tengh hari. Bagi  khidmat  penghantaran kelapa, Syarikat Jojo Enterprise membuat perkhidmatan penghantaran tanpa sebarang pembayaran kepada pelanggan. Disamping itu, produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Jojo bukan sahaja berasaskan santan malah, syarikat jojo juga mengeluarkan produk tambahan seperti minyak kelapa dan makanan ternakan yang terdiri daripada jenis basah dan kering.

Cabaran yang harus dihadapi oleh Pn.W adalah bersaing dengan pengusaha kelapa lain yang telah lama menjalankan perniagaan berasaskan kelapa disekitar Bintulu.




SUMBER KEWANGAN


Sebelum menjalankan perniagaan berasaskan kelapa, Pn.Wong telah menjalankan satu perniagaan sampingan iaitu perniagaan obor-obor dimana produk tersebut telah dipasarkan di Pasar Utama Bintulu dan hasil daripada perniagaan tersebut menjadi modal permulaan  untuk Pn.wong membangunkan Syarikat Jojo Enterprise. Bagi bantuan  peralatan, Pn.Wong telah memohon bantuan mesin pemprosesan kelapa  dari Jabatan Pertanian  bagi memulakan perniagaan beliau. Maksudnya, Pn.Wong menggunakan sumber kewangan secara tidak formal iaitu menggunakan sumber sendiri untuk permulaan modal.



 







TEMPAT


Strategi pemasaran produk yang digunakan oleh Syarikat Jojo ialah dengan menggunakan strategi saluran pemasaran secara langsung iaitu hubungan antara pengeluar dan pelanggan, dimana pelanggan membeli santan secara terus dari tempat pemprosesan kelapa dijalankan, manakala pemasaran secara tidak langsung iaitu dengan menggunakan orang tengah untuk memasarkan produk mereka dipasaran seperti di pasaraya Farley, Pasar Utama Bintulu, kedai-kedai runcit dan restoran-restoran. Penghantaran dilakukan sendiri oleh syarikat Jojo secara percuma, ini  merupakan strategi mereka bagi menjaga pelanggan-pelanggan tetap untuk terus setia membeli dan terus menggunakan produk mereka. Untuk bahan mentah, Syarikat Jojo mendapatkan bekalan bahan mentah kelapa di sekitar Bintulu, Miri dan Sibu.