Sunday, March 1, 2015
Jabatan Pertanian (KADA)
Bantuan yang diberikan oleh pihak Kada terhadap peniaga
kecil iala dengan memberi borong untuk diisi oleh peniaga kecil seterusnya akan
dihantar kepada PKJ untuk dianalisis supaya pemohon yang betul-betul layak akan
menerima bantuan tersebut. Pihak KADA mempunyai enam PKJ dan 13 PPK, maka
setiap pemohon yang ingin memohon bantuan boleh mengambil borang tersebut di cawangan KADA di setiap daerah.
Syarat-syarat untuk memohon bantuan ini ialah berumur 18 tahun ke atas, sudah
mempunyai tanaman sendiri dan berada di bawah PPK KADA yang terlibat. Setelah semua pemohon
menghantar borong tersebut pihak PKJ akan mengahantar borong tersebut di ibu
pejabat untuk membuat penilaian yang sangat teliti supaya pemohon yang
betul-betul layak yang mendapat bantuan daripada pihak KADA.
Peranan utama KADA dalam meningkatkan pendapatan penduduk
dan cara untuk menceburi bidang keusahawanan
itu sendiri ialah pihak KADA melantik pegawai KADA yang terlatih di
setiap daerah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam pelbagai aspek
kepada para usahawan. Sebagai contoh jika uasahwan itu ingin menceburi
perniagaan roti jadi pegawai yang dilantik oleh pihak KADA akan menerangkan
dariapda awal sehingga produk siap seterusnya cara untuk dipasarkan. Selain
seminar dan khusus yang diberikan, bantuan peralatan dan mesin-mesin juga
diberikan akan tetapi pihak KADA akan memantau dahulu tempat yang diusahakan
kerana memerlukan kapasiti pengeluaran yang tinggi. Disamping itu, pihak KADA
sentisa memantau aktiviti yang dijalankan oleh para usahawan agar aktiviti itu
berterusan dan sentisan mengeluarkan hasil. Seterusnya pihak KADA juga memberi
bantuan dari segi penternakan, iaitu dikenali sebagai sistem pawah. System
pawah ini diperkenalakn untuk memberi peluang kepada penduduk menternak haiwan.
Sebagai contoh, pihak KADA akan memberi
benih ikan dan ibu lembu untuk diternak sehinggalah menegluarkan hasil pihak
KADA akan mengambil hasil tersebut dan induk akan diberikan kepada penternak.
Selain itu, pihak KADA juga memberi bantuan dalam tanaman
sayur-sayuran kepada petani. Mengikut statistic semasa keluasan tanah untuk
tanaman sayur-sayuran ialah 400 hektar dan tanman buah-buahan ialah 200 hektar.
Pihak KADA bertanggungjawab penuh terhadap semua bantuan yang diberikan temasuk
memasarkan produk yang dikeluarkan oleh petani dan pengisian borang. Dibawah
bantuan KADA telah terbukti ramai usahawan-usahawan yang berjaya memasarkan
produk mereka keseluruh Malaysia dan keluar negara sebagai contoh di timur
tengah. Malah sudah ada sebahagian mereka telah menjadi jutawan dengan
pendapatan sebulan RM 100k sebulan.
Saturday, February 28, 2015
TEMUBUAL BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM MALAYSIA (JAIS)
RUJUKAN
NAMA : USTAZ KHALIDI BIN HAJI MOHAMMAD IDRIS
JAWATAN : PENGUATKUASA HALAL
ASAL : SIBU
Jika ketiga-tiga aspek yang di nilai berjaya di
patuhi maka persijilan akan diluluskan. Kebersihan juga bukan dinilai pada
gerai tetapi kawasan persekitaran juga dititik beratkan. Contohnya, kedai
makanan muslim yang memohon sijil halal tetapi dikawasan persikitarannya
berdekatan dengan longgokan sampah tidak layak untuk mendapat sijil halal
kerana kawasan tersebut tercemar dengan kotoran. Selain itu,dari segi
keselamatan pula permis kedai mestilah berada dalam keadaan selamat. Contohnya,
keadaan bangunan permis tidak mengalami sebarang keretakan serius pada dinding dan siling bangunan.Jika
masalah ini terjadi maka permis tersebut tidak layak untuk mendapat persijilan
halal. Seterusnya, bahan mentah yang diperolehi haruslah mendapat kelulusan
sijil halal bagi memastikan bahan mentah tersebut selamat dan terjamin.
Contohnya, syarikat dari Malaysia mengimport daging segar dari Australia.
Syarikat Australia tersebut perlu mendapat pengiktirafan sijil halal bagi
memastikan bahan mentah yang dihantar diterima.
Logo
halal
Rajah
1 : contoh logo halal yang diiktiraf oleh Jakim
KESIMPULAN
Semasa melakukan temu bual bersama Ustaz Khalidi Bin
Haji Mohammad Idris kami dapat mempelajari bagaimana cara proses mendapatkan
sijil halal.Selain itu ,kami juga dapat mengetahui contoh logo halal yang
disahkan dan dapat mebezakan logo halal yang palsu.Oleh itu,pengiktirafan
persijilan halal adalah amat penting bagi sesebuah permis bagi memastikan
pelangan yakin dengan produk yang dihasilkan.
Gambar
Bethram Robert Mekules (S19526)
bersama
dengan Ustaz Khalidi Bin Haji Mohammad Idris
CREDIT BY : Bethram Robert Mekules (S19526)
Strategi permasaran Wagro
Wagro trading adalah sebuah
syarikat yang menjual pelbagai produk pertanian seperti baja, racun tanaman dan
alatan tanaman pertanian dalam meningkatkan hasil tanaman pertanian.
Sasaran
Pasaran
Ø Estet
besar
·
Estet Sime Darby
·
Sarawak Plantation
·
Sarawak Oil Palm Berhad.
Ø Petani-petani
kecil yang bercucuk tanam dalam bidang pertanian.
Pesaing dalam pasaran
Wagro trading juga
mengalami persaingan dalam menjual produk yang berasaskan bahan pertanian
seperti baja, racun tanaman pertanian dan juga alatan dalam pertanian seperti
:-
- · Terre Bintulu Sdn Bhd
- · Perniagaan Poson
- · Kimia Utama
- · Miri Agri Product
- · Agriculture Product
Kekuatan
produk
Wagro mendapatkan
produk yang berkualiti daripada luar negara dan menjadi pembekal utama di
Malaysia seperti produk:-
·
Copton Insecticide keluaran daripada USA
·
Apex Controlled Release Feriliser
daripada USA
Jadi seluruh Malaysia
hanya boleh mendapatkan 2 produk ini daripada Wagro Trading sahaja.
Harga
·
Wagro menawarkan harga yang berpatutan
dengan kualiti produk yang diberikan.
·
Bagi pelanggan yang membeli dalam
kuantiti yang banyak diskaun akan diberikan.
·
Sebut harga akan dihantar kepada estet
bagi mendapatkan sesuatu tender
Tempat
·
Wargo mempunyai 3 cawangan dalam
mengedarkan produknya iaitu cawangan utama di Bintulu,Sibu dan Mukah.
·
Wargo merupakan orang tengah dalam
menyalurkan produk pertanian yang diambil untuk dijual kepada pelanggan
·
Menyediakan gudang penyimpanan- Bagi
memastikan barang yang cepat penghabisan stok tersimpan dalam kuantiti yang
banyak dalam memenuhi permintaan pelanggan.
Permasaran.
·
Jurujual- untuk mempromosikan produk wagro kepada
petani dan peladang di sekitar Sarawak berkenaan fungsi dan cara penggunaannya
terhadapat tanaman.
·
Setiap jurujual mempunyai tugas yang
telah dibahagikan mengikut pelanggan yang perlu di jaganya seperti bagi estet
Sime Darby terdapat seorang jurujual yang akan menguruskan estet Sime Darby
1.
Berkawan-
mudah berkawan dan mempunyai banyak kenalan untuk dihubungi.
Contoh
situasi:- pelanggan meminta bantuan jurujual wagro untuk membuat papan tanda
diladangnya, walaupun syarikat wagro bukanlah kilang membuat papan tanda tetapi
untuk menjaga hubungan dengan pelanggan ia akan menghubungkan pelanggannya
dengan kilang papan tanda di sekitar Bintulu.
·
Fleksible-
Sentiasa bersikap terbuka dalam melayan kerenah pelanggan iaitu pelanggan
mempunyai sikap yang berbeza-beza jadi sentiasa bersabar dan berfikir idea baru
yang lebih mudah dan efektif dalam menarik minat pelanggan.
Bina
hubungan dengan pelanggan
Ø Mesra
dengan bertegur sapa dan menjadikan pelangan sebagai kawan
Ø Sentiasa
melawat pelangan bagi bertanya khabar walaupun tiada urusan jual beli
Ø Membuat
pertandingan Golf bagi mengeratkan lagi
hubungan wagro dan pelanggan dalam menjaga kesetiaan pelanggan
Etika
perniagaan
Ø Masa
penghantaran perlu dititikberatkan dalam menghantar barang tepat pada masa yang
telah dijanjikan kepada pelanggan.
Ø Jujur
dalam berjual niaga dengan memberikan barang yang betul dengan harga yang
terbaik kepada pelanggan mengikut tender yang ditawarkan
Perhubungan
awam
·
Bagi meningkatkan jualan wagro telah
membuat perjanjian dengan Sime Darby dalam urusan jual beli alatan pertanian
iaitu Sime Darby di Sarawak tidak boleh membeli alatan pertanian selain
daripada wagro kerana ia merupakan vendor tunggal yang mempunyai lesen vendor
bagi Sime Darby.
Hasil pembelajaran
1.
Kami belajar bagaimana untuk menjadi
jurujual yang baik iaitu bermula dengan berkawan dengan pelanggan.
2.
Menjaga kesetiaan pelanggan dengan
menawarkan kualiti produk yang terbaik dan mengetahui minat pelanggan seperti
Wargo Trading lakukan rata-rata pelanggan mereka adalah orang yang
berpendapatan tinggi iaitu ketua estet Sime Darby jadi mereka membuat
pertandingan Golf percuma setiap tahun bagi mengeratkan hubungan dengan
pelanggan.
3.
Memberi servis perkhidmatan yang terbaik
iaitu sentiasa menjaga hak pelanggan dan etika perniagaan.
4.
Bijak mengambil peluang dalam
meningkatkan jualan dengan membuat perhubungan awam terhadap syarikat lain
seperti wargo trading yang membuat ikatan perjanjian dengan syarikat USA dan
Sime Darby.
Penulisan; Muhammad Shahrul Naim Bin Mohd Saleh S19022![]() |
Hasil temu bual bersama Pengurus Jualan Hairul Shamsul Hj Hashim |
Subscribe to:
Posts (Atom)