Sunday, March 1, 2015

Pictures















LOGO






Jabatan Pertanian (KADA)

Bantuan yang diberikan oleh pihak Kada terhadap peniaga kecil iala dengan memberi borong untuk diisi oleh peniaga kecil seterusnya akan dihantar kepada PKJ untuk dianalisis supaya pemohon yang betul-betul layak akan menerima bantuan tersebut. Pihak KADA mempunyai enam PKJ dan 13 PPK, maka setiap pemohon yang ingin memohon bantuan boleh mengambil borang  tersebut di cawangan KADA di setiap daerah. Syarat-syarat untuk memohon bantuan ini ialah berumur 18 tahun ke atas, sudah mempunyai tanaman sendiri dan berada di bawah PPK KADA  yang terlibat. Setelah semua pemohon menghantar borong tersebut pihak PKJ akan mengahantar borong tersebut di ibu pejabat untuk membuat penilaian yang sangat teliti supaya pemohon yang betul-betul layak yang mendapat bantuan daripada pihak KADA.

Peranan utama KADA dalam meningkatkan pendapatan penduduk dan cara untuk menceburi bidang keusahawanan  itu sendiri ialah pihak KADA melantik pegawai KADA yang terlatih di setiap daerah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam pelbagai aspek kepada para usahawan. Sebagai contoh jika uasahwan itu ingin menceburi perniagaan roti jadi pegawai yang dilantik oleh pihak KADA akan menerangkan dariapda awal sehingga produk siap seterusnya cara untuk dipasarkan. Selain seminar dan khusus yang diberikan, bantuan peralatan dan mesin-mesin juga diberikan akan tetapi pihak KADA akan memantau dahulu tempat yang diusahakan kerana memerlukan kapasiti pengeluaran yang tinggi. Disamping itu, pihak KADA sentisa memantau aktiviti yang dijalankan oleh para usahawan agar aktiviti itu berterusan dan sentisan mengeluarkan hasil. Seterusnya pihak KADA juga memberi bantuan dari segi penternakan, iaitu dikenali sebagai sistem pawah. System pawah ini diperkenalakn untuk memberi peluang kepada penduduk menternak haiwan. Sebagai contoh,  pihak KADA akan memberi benih ikan dan ibu lembu untuk diternak sehinggalah menegluarkan hasil pihak KADA akan mengambil hasil tersebut dan induk akan diberikan kepada penternak.
Selain itu, pihak KADA juga memberi bantuan dalam tanaman sayur-sayuran kepada petani. Mengikut statistic semasa keluasan tanah untuk tanaman sayur-sayuran ialah 400 hektar dan tanman buah-buahan ialah 200 hektar. Pihak KADA bertanggungjawab penuh terhadap semua bantuan yang diberikan temasuk memasarkan produk yang dikeluarkan oleh petani dan pengisian borang. Dibawah bantuan KADA telah terbukti ramai usahawan-usahawan yang berjaya memasarkan produk mereka keseluruh Malaysia dan keluar negara sebagai contoh di timur tengah. Malah sudah ada sebahagian mereka telah menjadi jutawan dengan pendapatan sebulan RM 100k sebulan.

Saturday, February 28, 2015

TEMUBUAL BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM MALAYSIA (JAIS)





RUJUKAN 
NAMA  : USTAZ KHALIDI BIN HAJI MOHAMMAD IDRIS
JAWATAN  : PENGUATKUASA HALAL
ASAL  : SIBU






Jika ketiga-tiga aspek yang di nilai berjaya di patuhi maka persijilan akan diluluskan. Kebersihan juga bukan dinilai pada gerai tetapi kawasan persekitaran juga dititik beratkan. Contohnya, kedai makanan muslim yang memohon sijil halal tetapi dikawasan persikitarannya berdekatan dengan longgokan sampah tidak layak untuk mendapat sijil halal kerana kawasan tersebut tercemar dengan kotoran. Selain itu,dari segi keselamatan pula permis kedai mestilah berada dalam keadaan selamat. Contohnya, keadaan bangunan permis tidak mengalami sebarang keretakan  serius pada dinding dan siling bangunan.Jika masalah ini terjadi maka permis tersebut tidak layak untuk mendapat persijilan halal. Seterusnya, bahan mentah yang diperolehi haruslah mendapat kelulusan sijil halal bagi memastikan bahan mentah tersebut selamat dan terjamin. Contohnya, syarikat dari Malaysia mengimport daging segar dari Australia. Syarikat Australia tersebut perlu mendapat pengiktirafan sijil halal bagi memastikan bahan mentah yang dihantar diterima.


Logo halal


Rajah 1 : contoh logo halal yang diiktiraf oleh Jakim



KESIMPULAN

Semasa melakukan temu bual bersama Ustaz Khalidi Bin Haji Mohammad Idris kami dapat mempelajari bagaimana cara proses mendapatkan sijil halal.Selain itu ,kami juga dapat mengetahui contoh logo halal yang disahkan dan dapat mebezakan logo halal yang palsu.Oleh itu,pengiktirafan persijilan halal adalah amat penting bagi sesebuah permis bagi memastikan pelangan yakin dengan produk yang dihasilkan.





Gambar Bethram Robert Mekules (S19526)
bersama dengan Ustaz Khalidi Bin Haji Mohammad Idris




 CREDIT BY :  Bethram Robert Mekules (S19526)
 

Strategi permasaran Wagro



Wagro trading adalah sebuah syarikat yang menjual pelbagai produk pertanian seperti baja, racun tanaman dan alatan tanaman pertanian dalam meningkatkan hasil tanaman pertanian.

Sasaran Pasaran
Ø  Estet besar
·         Estet Sime Darby
·         Sarawak Plantation
·         Sarawak Oil Palm Berhad.
Ø  Petani-petani kecil yang bercucuk tanam dalam bidang pertanian.

 Pesaing dalam pasaran
Wagro trading juga mengalami persaingan dalam menjual produk yang berasaskan bahan pertanian seperti baja, racun tanaman pertanian dan juga alatan dalam pertanian seperti :-
  • ·         Terre Bintulu Sdn Bhd
  • ·         Perniagaan Poson
  • ·         Kimia Utama
  • ·         Miri Agri Product
  • ·         Agriculture Product


Kekuatan produk
Wagro mendapatkan produk yang berkualiti daripada luar negara dan menjadi pembekal utama di Malaysia seperti produk:-
·         Copton Insecticide keluaran daripada USA
·         Apex Controlled Release Feriliser daripada USA
Jadi seluruh Malaysia hanya boleh mendapatkan 2 produk ini daripada Wagro Trading sahaja.

Harga
·         Wagro menawarkan harga yang berpatutan dengan kualiti produk yang diberikan.
·         Bagi pelanggan yang membeli dalam kuantiti yang banyak diskaun akan diberikan.
·         Sebut harga akan dihantar kepada estet bagi mendapatkan sesuatu tender

Tempat
·         Wargo mempunyai 3 cawangan dalam mengedarkan produknya iaitu cawangan utama di Bintulu,Sibu dan Mukah.
·         Wargo merupakan orang tengah dalam menyalurkan produk pertanian yang diambil untuk dijual kepada pelanggan
·         Menyediakan gudang penyimpanan- Bagi memastikan barang yang cepat penghabisan stok tersimpan dalam kuantiti yang banyak dalam memenuhi permintaan pelanggan.

Permasaran.
·         Jurujual-  untuk mempromosikan produk wagro kepada petani dan peladang di sekitar Sarawak berkenaan fungsi dan cara penggunaannya terhadapat tanaman.
·         Setiap jurujual mempunyai tugas yang telah dibahagikan mengikut pelanggan yang perlu di jaganya seperti bagi estet Sime Darby terdapat seorang jurujual yang akan menguruskan estet Sime Darby

Tips jurujual yang diterapkan dalam Wagro
1.      Berkawan- mudah berkawan dan mempunyai banyak kenalan untuk dihubungi.
Contoh situasi:- pelanggan meminta bantuan jurujual wagro untuk membuat papan tanda diladangnya, walaupun syarikat wagro bukanlah kilang membuat papan tanda tetapi untuk menjaga hubungan dengan pelanggan ia akan menghubungkan pelanggannya dengan kilang papan tanda di sekitar Bintulu.
·         Fleksible- Sentiasa bersikap terbuka dalam melayan kerenah pelanggan iaitu pelanggan mempunyai sikap yang berbeza-beza jadi sentiasa bersabar dan berfikir idea baru yang lebih mudah dan efektif dalam menarik minat pelanggan.

Bina hubungan dengan pelanggan
Ø  Mesra dengan bertegur sapa dan menjadikan pelangan sebagai kawan
Ø  Sentiasa melawat pelangan bagi bertanya khabar walaupun tiada urusan jual beli
Ø  Membuat pertandingan Golf  bagi mengeratkan lagi hubungan wagro dan pelanggan dalam menjaga kesetiaan pelanggan

Etika perniagaan
Ø  Masa penghantaran perlu dititikberatkan dalam menghantar barang tepat pada masa yang telah dijanjikan kepada pelanggan.
Ø  Jujur dalam berjual niaga dengan memberikan barang yang betul dengan harga yang terbaik kepada pelanggan mengikut tender yang ditawarkan

Perhubungan awam
·         Bagi meningkatkan jualan wagro telah membuat perjanjian dengan Sime Darby dalam urusan jual beli alatan pertanian iaitu Sime Darby di Sarawak tidak boleh membeli alatan pertanian selain daripada wagro kerana ia merupakan vendor tunggal yang mempunyai lesen vendor bagi Sime Darby.

Hasil pembelajaran
1.      Kami belajar bagaimana untuk menjadi jurujual yang baik iaitu bermula dengan berkawan dengan pelanggan.
2.      Menjaga kesetiaan pelanggan dengan menawarkan kualiti produk yang terbaik dan mengetahui minat pelanggan seperti Wargo Trading lakukan rata-rata pelanggan mereka adalah orang yang berpendapatan tinggi iaitu ketua estet Sime Darby jadi mereka membuat pertandingan Golf percuma setiap tahun bagi mengeratkan hubungan dengan pelanggan.
3.      Memberi servis perkhidmatan yang terbaik iaitu sentiasa menjaga hak pelanggan dan etika perniagaan.
4.      Bijak mengambil peluang dalam meningkatkan jualan dengan membuat perhubungan awam terhadap syarikat lain seperti wargo trading yang membuat ikatan perjanjian dengan syarikat USA dan Sime Darby.
Hasil temu bual bersama  Pengurus Jualan Hairul Shamsul Hj Hashim 
Penulisan; Muhammad Shahrul Naim Bin Mohd Saleh S19022