Sunday, March 1, 2015

Pictures















LOGO






Jabatan Pertanian (KADA)

Bantuan yang diberikan oleh pihak Kada terhadap peniaga kecil iala dengan memberi borong untuk diisi oleh peniaga kecil seterusnya akan dihantar kepada PKJ untuk dianalisis supaya pemohon yang betul-betul layak akan menerima bantuan tersebut. Pihak KADA mempunyai enam PKJ dan 13 PPK, maka setiap pemohon yang ingin memohon bantuan boleh mengambil borang  tersebut di cawangan KADA di setiap daerah. Syarat-syarat untuk memohon bantuan ini ialah berumur 18 tahun ke atas, sudah mempunyai tanaman sendiri dan berada di bawah PPK KADA  yang terlibat. Setelah semua pemohon menghantar borong tersebut pihak PKJ akan mengahantar borong tersebut di ibu pejabat untuk membuat penilaian yang sangat teliti supaya pemohon yang betul-betul layak yang mendapat bantuan daripada pihak KADA.

Peranan utama KADA dalam meningkatkan pendapatan penduduk dan cara untuk menceburi bidang keusahawanan  itu sendiri ialah pihak KADA melantik pegawai KADA yang terlatih di setiap daerah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam pelbagai aspek kepada para usahawan. Sebagai contoh jika uasahwan itu ingin menceburi perniagaan roti jadi pegawai yang dilantik oleh pihak KADA akan menerangkan dariapda awal sehingga produk siap seterusnya cara untuk dipasarkan. Selain seminar dan khusus yang diberikan, bantuan peralatan dan mesin-mesin juga diberikan akan tetapi pihak KADA akan memantau dahulu tempat yang diusahakan kerana memerlukan kapasiti pengeluaran yang tinggi. Disamping itu, pihak KADA sentisa memantau aktiviti yang dijalankan oleh para usahawan agar aktiviti itu berterusan dan sentisan mengeluarkan hasil. Seterusnya pihak KADA juga memberi bantuan dari segi penternakan, iaitu dikenali sebagai sistem pawah. System pawah ini diperkenalakn untuk memberi peluang kepada penduduk menternak haiwan. Sebagai contoh,  pihak KADA akan memberi benih ikan dan ibu lembu untuk diternak sehinggalah menegluarkan hasil pihak KADA akan mengambil hasil tersebut dan induk akan diberikan kepada penternak.
Selain itu, pihak KADA juga memberi bantuan dalam tanaman sayur-sayuran kepada petani. Mengikut statistic semasa keluasan tanah untuk tanaman sayur-sayuran ialah 400 hektar dan tanman buah-buahan ialah 200 hektar. Pihak KADA bertanggungjawab penuh terhadap semua bantuan yang diberikan temasuk memasarkan produk yang dikeluarkan oleh petani dan pengisian borang. Dibawah bantuan KADA telah terbukti ramai usahawan-usahawan yang berjaya memasarkan produk mereka keseluruh Malaysia dan keluar negara sebagai contoh di timur tengah. Malah sudah ada sebahagian mereka telah menjadi jutawan dengan pendapatan sebulan RM 100k sebulan.