Tuesday, December 30, 2014

Latar belakang industri
*      Kelapa atau nama saintifiknya cocos nucifera merupakan tanaman yang serba guna dari dahan hinggalah ke daun mempunyai fungsi dan nilai dalam pasaran.
*      Kawasan utama tanaman kelapa adalah Hilir Perak, Sabak Bernam, Samarahan, Batu Pahat, Kudat  dan Tawau.
*      Varieti kelapa yang ditanam di Malaysia adalah seperti kelapa Rendah Malaya,kelapa Wangi,kelapa Tinggi Malaya,kelapa Mawa dan kelapa Matag.
*      Kelapa varieti Matag dilihat lebih mengeluarkan kapisiti buah yang tinggi dengan 40000 biji setahun dengan pengurusan yang baikdan ia disyorkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.
*      Keluasan tanaman kelapa mengikut negeri adalah seperti rajah 1 di bawah :-
Rajah 1: Keluasan tanaman kelapa dari tahun 2006 hingga 2008 sumber daripada jabatan pertanian.
  • Permintaan produk berasaskan kelapa yang tinggi membawa kepada nilai import dan eksport kelapa seperti yang tertera di rajah 10.1 dan 10.2:-


Rajah 10.1 dan 10.2 :Kuantiti dan nilai import dan eksport kelapa dan produk kelapa

*     


S.W.O.T Analysis


Kelebihan

-Permintaan tinggi dari pelanggan dan mempunyai
Saiz pasaran yang luas.

-Pengoptimumkan penggunaan sumber mentah seperti kelapa untuk dijadikan pelbagai jenis prodak.

-Menawarkan harga yang kompetitif .
Kelemahan

-Kurang dikenali  oleh orang ramai

-Tidak mempunyai pelanggang yang tetap.
Peluang

-Peluang dalam komersialkan produk kelapa untuk mengembangkan lagi pasaran didalam dan luar Negara.

-Kegunaan bahan mentah yang serbaguna seperti santan dapat membuat pelbagai produk.
Ancaman

-Pembekal menghadapi masalah dari sudut penggeluaran dalam memenuhi permintaan syarikat

-Kekuasan pesaing yang ada atau ancaman terhadap pesaing

-Persaingan dalam strategi syarikat untuk menjadikan prodak sebagai pilihan utama pelanggan.


PENERANGAN

KEKUATAN

Menawarkan harga yang kompetitif
  • Meletakkan harga yang berpatutan mengikut jenis barang yang dikeluarkan.

Permintaan tinggi dari pelanggan dan mempunyai  saiz pasaran yang luas.

  • Permintaan terhadap pelanggang sentiasa berterusan kerana prodak kelapa yang dikeluarkan sentiasa digunakan dalam  kegunaan harian.

 KELEMAHAN

Tidak mempunyai pelanggang tetap
  • Pelanggang sentiasa berubah-ubah kerana  masih baru dan kurang dikenali ramai

 Kurang dikenali  orang ramai
  • Kurang dikenali kerana produk kami baru sahaja memulakan operasi berbanding dengan syarikat lain yang telah lama beroperasi lebih dari 5 tahun dan sudah dikenali ramai.

PELUANG

Kegunaan bahan mentah yang serba guna.
  • Menggunakan kelapa sebagai bahan mentah dengan membuat pelbagai prodak seperti santan ,kerisik, minyak ,bahan makanan untuk ternakan dan sebagainya
Peluang dalam mengkomersial prodak kelapa.
  • Permintaan secara berterusan  dari pengguna dalam pembuatan makanan, terutama pada musim perayaan .
  • Dari segi  dapatan sumber bahan mentah kelapa yang tidak bermusim membolehkan penghasilan produk yang berterusan.

ANCAMAN

Pembekal menghadapi masalah dari sudut penggeluaran dalam memenuhi permintaan syarikat
  • Pengeluaran akan menghadapi masalah apabila berlaku masalah seperti  kemarau yang boleh menyebabkan pengeluaran terhadap kelapa akan berkurangan
Kekuasan pesaing yang ada atau ancaman terhadap pesaing
  • Disebabkan syarikat kami masih baru kami  menghadapi pesaing dari sudut  memasarkan pasaran produk sama ada export atau import.



 Persaingan dalam strategi syarikat untuk menjadikan prodak sebagai pilihan utama pelanggan.
  • Melakukan pelbagai strategi dalam pemasarkan prodak agar sejajar dengan pasaran tempatan










PERBINCANGAN KETIGA : MEMBINCANGKAN TENTANG SWOT ANALISIS


MASA :  10 PAGI
TARIKH : 24/ 12/ 2014
HARI : RABU
TEMPAT : KOLEJ KEDIAMAN,UPMKB

AKTIVI YANG DIBINCANGKAN :


  • Membincangkan tentang SWOT analisis  ­- tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap syarikat Cocos Nucifera Enterprise.
  • Membincangkan tentang latar belakang industri kelapa.
  • Membincangkan tentang tarikh, masa, pergerakan aktiviti dan soalan untuk membuat lawatan ke kilang Jojo Enterprise.








Tuesday, December 16, 2014

Logo Syarikat

 


Simbol logo syarikat Cocos Nucifera Enterprise.

Perkataan Cocos Nucifera,diambil sempena nama saintifik buah kelapa. 
Latar belakang logo berbentuk buah kelapa itu diletak sebagai simbol syarikat, kerana produk yang 
dihasilkan oleh syarikat kami adalah berasaskan kelapa.
Warna coklat - pengeluaran hasil daripda syarikat kami mementingkan berkualiti dan mengeluarkan kuantiti yang tinggi.
Warna perak - melambangkan kukuh dan majunya syarikat di pasaran dalam dan luar negara.
Warna hijau -dalam pemprosesan produk kami, kami lebih ke arah mesra alam. 
Warna putih : melambangkan kesucian,kebersihan dan halal